Lebih Banyak Peluang untuk Memuji Yehuwa
1. Apakah aturan baru yang memberi kita lebih banyak peluang untuk ‘memuji Yehuwa’?
1 Pada Mac yang lalu, aturan baru telah dibuat untuk khidmat perintis sokongan. Para penyiar dapat merintis sebanyak 30 jam pada bulan Mac, April, dan semasa kunjungan penyelia litar. Jika kunjungan penyelia litar meliputi jangka masa dua bulan, penyiar yang menjadi perintis sokongan boleh memilih antara dua bulan tersebut untuk memenuhi masa 30 jam. Semua perintis sokongan juga boleh menghadiri seluruh perjumpaan penyelia litar dengan perintis biasa dan perintis khas. Hal ini bererti bahawa jika kita tidak dapat merintis sebanyak 50 jam, kita masih boleh ‘memuji Yehuwa’ sebanyak empat kali dalam setahun sebagai perintis sokongan dengan memenuhi masa 30 jam!—Mzm. 109:30; 119:171.
2. Apakah manfaat yang diraih oleh mereka yang menjadi perintis sokongan semasa kunjungan penyelia litar?
2 Semasa Kunjungan Penyelia Litar: Sekarang lebih ramai penyiar dapat menjadi perintis sokongan semasa kunjungan penyelia litar dan saling menggalakkan kerana dapat menginjil bersama penyelia litar. (Rm. 1:11, 12) Barangkali, ramai perintis sokongan bercadang untuk mengambil cuti agar dapat menginjil bersamanya. Mereka yang bekerja sepenuh masa boleh meminta penyelia litar untuk menginjil bersama mereka pada hari Sabtu atau Ahad. Tambahan pula, perintis sokongan pasti mendapat galakan kerana dapat menghadiri perjumpaan penyelia litar dengan perintis biasa dan perintis khas!
3. Mengapakah musim Peringatan ialah masa yang terbaik untuk menjadi perintis sokongan?
3 Semasa Bulan Mac dan April: Sebelum ini, penyiar dapat memilih untuk merintis sebanyak 30 jam pada musim Peringatan, tetapi kini mereka dapat menggandakan pujian yang dipersembahkan kepada Tuhan! (Ibr. 13:15) Kedua-dua bulan Mac dan April ialah masa yang sangat baik untuk menjadi perintis sokongan dan menginjil dengan lebih giat. Pada Mac dan April setiap tahun, kita dapat menikmati kempen menjemput orang untuk menghadiri Peringatan. Tambahan pula, ramai penyiar akan menggiatkan usaha dalam kerja penyebaran, jadi kita dapat menginjil bersama mereka. Selepas Peringatan, kita akan mengunjungi orang yang telah hadir untuk memupuk minat mereka dan menggalakkan mereka untuk mendengar ceramah umum istimewa. Kita telah diberi lebih banyak peluang untuk menjadi perintis sokongan. Adakah hati anda tergerak untuk memanfaatkan peluang ini?—Luk. 6:45.