PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 104
  • Bagaimanakah Saya Dapat Belajar untuk Menumpukan Perhatian?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Saya Dapat Belajar untuk Menumpukan Perhatian?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapakah saya susah untuk berfokus?
  • Cara meningkatkan fokus kamu
  • Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Fikiran Anda?
    Sedarlah!—2021
  • Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Persahabatan Anda?
    Sedarlah!—2021
  • Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Perkahwinan Anda?
    Sedarlah!—2021
  • Bagaimanakah Saya Dapat Belajar dari Rumah dengan Efektif?
    Kaum Muda Bertanya
Lihat Selanjutnya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 104
Seorang gadis tidak mahu memikirkan perkara-perkara yang mengganggunya semasa belajar. Perkara itu ialah muzik, video, SMS, dan gambar-gambar.

KAUM MUDA BERTANYA

Bagaimanakah Saya Dapat Belajar untuk Menumpukan Perhatian?

  • Mengapakah saya susah untuk berfokus?

  • Cara meningkatkan fokus kamu

  • Pandangan remaja lain

Mengapakah saya susah untuk berfokus?

“Dulu saya suka baca buku, tapi sekarang baca perenggan yang panjang pun saya tidak suka.”—Elaine.

“Jika saya rasa video itu membosankan, saya akan lajukan video itu supaya cepat habis.”—Miranda.

“Bila saya sedang fokus buat sesuatu dan tiba-tiba telefon saya berbunyi, saya akan asyik fikir, ‘Siapa yang mesej saya?’”—Jane.

Adakah teknologi menyebabkan kita lebih susah untuk bertumpu? Sesetengah orang menjawab, “Ya.” Nicholas Carr, seorang pengarang dan konsultan, menulis, “Jika kita selalu guna Internet, perhatian kita akan lebih senang tersimpang. Otak kita mungkin dapat proses maklumat dengan lebih cepat, tetapi kita gagal memberikan tumpuan yang sepenuhnya.”a

Perhatikan bagaimana teknologi mungkin mengganggu tumpuan kamu dalam tiga situasi berikut:

  • Semasa berbual. “Orang akan SMS, main game, atau tengok media sosial di telefon, bahkan semasa sedang berbual dengan seseorang. Mereka tidak berikan perhatian sepenuhnya terhadap orang itu,” kata Maria.

  • Semasa dalam kelas. Buku Digital Kids menyatakan, “Semasa dalam kelas, banyak pelajar menggunakan alat elektronik mereka untuk SMS, melayari Internet, dan membaca atau melihat hal-hal yang tidak berkaitan dengan pelajaran mereka.” Mereka guna alat-alat itu “bukan untuk tujuan pendidikan.”

  • Semasa belajar. “Saya akan tengok telefon saya setiap kali telefon berbunyi. Hati saya tidak tenang selagi saya tidak periksanya,” kata Chris yang berumur 22 tahun. Jika alat elektronik mengganggu fokus kamu, kerja sekolah yang boleh dibuat dalam sejam akan mengambil masa tiga jam atau lebih untuk disiapkan.

Kesimpulannya: Kamu akan berasa lebih susah untuk bertumpu jika kamu membiarkan alat elektronik mengganggu dan mengawal kehidupan kamu.

Seorang budak lelaki jatuh dari kuda yang sedang mendompak.

Minda yang tidak fokus adalah seperti kuda liar yang tidak terkawal

Cara meningkatkan fokus kamu

  • Semasa berbual. Bible menyatakan, “Jagalah kepentingan orang lain, dan bukan hanya kepentingan diri kamu sendiri.” (Filipi 2:4) Jika kamu mendengar dengan teliti semasa orang bercakap, kamu menunjukkan bahawa kamu peduli terhadap mereka. Cubalah pandang mata mereka semasa bercakap, dan jangan biarkan perhatian kamu diganggu oleh alat elektronik.

    “Semasa berbual dengan seseorang, elakkan daripada melihat telefon kamu. Tunjukkan hormat kepadanya dengan beri dia tumpuan yang sepenuhnya.”—Thomas.

    TIP: Semasa berbual, simpanlah telefon kamu. Para penyelidik menyatakan bahawa meletakkan telefon berhampiran kamu akan membuat perhatian kamu senang diganggu.

  • Semasa dalam kelas. Bible menyatakan, “Perhatikanlah cara kamu mendengar.” (Lukas 8:18) Jika sekolah kamu mengizinkan pelajar guna Internet dalam kelas, ingatlah nasihat Bible itu. Jangan baca mesej, main game, atau chat semasa belajar.

    “Berikan tumpuan semasa dalam kelas, dan cubalah untuk menulis nota. Jika dapat, duduklah di barisan depan agar kamu lebih senang berfokus.”—Karen.

    TIP: Cubalah ambil nota dengan menggunakan pen dan kertas, dan bukannya melalui komputer. Penyelidik menyatakan bahawa cara itu akan membantu kamu lebih berfokus dan senang mengingati apa yang dipelajari.

    Seorang gadis sedang belajar di mejanya. Dia meletakkan beg, telefon, dan majalah jauh darinya.
  • Semasa belajar. Bible menyatakan, “Hendaklah kamu memperoleh kebijaksanaan dan pengertian.” (Amsal 4:5) Oleh itu, kamu perlu berfikir secara mendalam dan bukan hanya membaca dengan cepat atau sepintas lalu.

    “Semasa belajar, saya akan ubah tetapan tablet saya ke mod penerbangan dan fokus kepada tugasan saya. Saya juga tidak akan lihat notifikasi. Jika saya teringat sesuatu yang perlu dilakukan, saya akan catatkannya.”—Chris.

    TIP: Semasa belajar, pilihlah tempat yang kurang gangguan. Pastikan tempat itu bersih dan kemas.

a Daripada buku The Shallows—What the Internet Is Doing to Our Brains.

Pandangan remaja lain

Katie.

“Semasa belajar, janganlah jadi seperti peluncur air yang meluncur jauh tetapi hanya berada di permukaan air. Jika kamu ingin belajar dengan betul, jadilah seperti penyelam yang menyelam jauh ke dasar laut untuk mencari sesuatu yang bernilai.”—Katie.

Rogelio.

“Tubuh yang sihat membantu kita mempunyai minda yang sihat. Jadi saya cuba makan makanan yang berkhasiat dan dapatkan tidur yang mencukupi. Ini bantu saya lebih peka dan senang tumpukan perhatian pada keesokan harinya.”—Rogelio.

Ulang kaji: Bagaimanakah saya dapat belajar untuk menumpukan perhatian?

  • Semasa berbual. Tunjukkan bahawa kamu bertimbang rasa dengan mendengar semasa mereka bercakap dan jangan biarkan tumpuan kamu tersimpang.

  • Semasa dalam kelas. Jangan baca mesej, main game, atau chat dalam talian semasa belajar.

  • Semasa belajar. Pilihlah tempat yang kurang gangguan. Pastikan tempat itu bersih dan kemas.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi