PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 23
  • Apakah yang Akan Dilakukan Kerajaan Tuhan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang Akan Dilakukan Kerajaan Tuhan?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Bagaimana Perang dan Konflik Akan Berakhir
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2025
  • Bumi yang Aman—Bagaimanakah Hal Ini Akan Terjadi?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Apakah yang Akan Dilakukan Tuhan?
    Menara Pengawal (Umum)—2019
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 23
Pemandangan di firdaus

Apakah yang Akan Dilakukan Kerajaan Tuhan?

Jawapan Bible

Kerajaan Tuhan akan menggantikan semua kerajaan manusia dan memerintah seluruh bumi. (Daniel 2:44; Wahyu 16:14) Ketika itu, Kerajaan Tuhan akan . . .

  • Melenyapkan orang jahat, kerana sifat mementingkan diri mereka menyusahkan kita semua. “Orang jahat akan dilenyapkan dari bumi.”—Amsal 2:22.

  • Menamatkan semua peperangan. “Tuhan menghentikan peperangan di seluruh dunia.”—Mazmur 46:9.

  • Mendatangkan kemakmuran dan keamanan kepada bumi. “Semua orang akan hidup aman di ladang anggur dan kebun ara mereka; tiada sesiapa pun akan menakutkan mereka.”—Mikha 4:4, Alkitab Berita Baik.

  • Menjadikan bumi ini firdaus. “Gurun dan bumi yang kontang akan bergirang, gurun akan bergembira dan berbunga.”—Yesaya 35:1, Alkitab Versi Borneo.

  • Menyediakan pekerjaan yang bermakna dan menggembirakan untuk semua. “Umat pilihan [Tuhan] akan menikmati hasil kerja mereka dengan sepuas-puasnya. Mereka tidak akan berjerih lelah dengan sia-sia.”—Yesaya 65:21-23.

  • Menghilangkan penyakit. “Tiada sesiapa pun di negeri itu yang akan berkata, ‘Aku sakit.’”—Yesaya 33:24.

  • Membolehkan kita menjadi muda selama-lamanya. “Biarlah tubuhnya menjadi lebih segar daripada tubuh orang muda; biarlah dia menjadi kuat dan perkasa semula, seperti pada masa mudanya.”—Ayub 33:25.

  • Menghidupkan orang mati. “Semua orang di dalam makam peringatan akan mendengar suara [Yesus] lalu keluar.”—Yohanes 5:28, 29.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi