Adakah Anda Bersedia Menghadapi Kecemasan Perubatan?
Kecemasan perubatan boleh berlaku tiba-tiba dan tanpa diduga. (Yak. 4:14) Maka, dengan sebaik yang mungkin orang yang bijak akan membuat persiapan awal. (Ams. 22:3) Sudahkah anda memutuskan jenis rawatan dan kaedah perubatan yang akan anda terima? Sudahkah anda menyatakan keputusan anda secara bertulis? Dalam bahagian kedua DVD Transfusion-Alternatives—Documentary Series (Alternatif Transfusi—Siri Dokumentari) yang bertajuk Transfusion-Alternative Health Care—Meeting Patient Needs and Rights (Rawatan Perubatan Tanpa Darah—Memenuhi Keperluan dan Hak Pesakit) telah disediakan untuk membantu anda. Semasa anda menontonnya cuba dapatkan jawapan kepada soalan-soalan berikut. Video ini mengandungi adegan ringkas tentang pembedahan. Maka, ibu bapa harus memutuskan sama ada video ini sesuai untuk ditonton bersama anak-anak kecil.
(1) Mengapakah sesetengah doktor dan pakar perubatan sedang menilai semula penggunaan transfusi darah? (2) Berikan tiga contoh pembedahan rumit yang telah dilakukan tanpa transfusi darah. (3) Mengapakah ribuan pakar perubatan dan pakar bedah di serata dunia sanggup merawat dan membedah pesakit tanpa transfusi darah? (4) Hasil kajian hospital baru-baru ini menunjukkan apa tentang penggunaan darah? (5) Apakah risiko-risiko yang dikaitkan dengan transfusi darah? (6) Apakah kesimpulan ramai pakar perubatan tentang manfaat-manfaat alternatif transfusi (pelbagai bahan dan kaedah rawatan tanpa penggunaan transfusi darah)? (7) Apakah yang menyebabkan anemia? Apakah yang boleh dilakukan untuk membantu pesakit anemia? (8) Apakah caranya untuk merangsang penghasilan sel darah merah dalam tubuh seorang pesakit? (9) Apakah teknik-teknik yang sedang digunakan untuk meminimumkan kehilangan darah semasa pembedahan? (10) Adakah alternatif transfusi juga berkesan untuk kanak-kanak dan mereka yang mengalami kecemasan yang mengancam nyawa? (11) Apakah salah satu prinsip etika yang utama dalam penjagaan perubatan yang baik?
Memandangkan penerimaan sesetengan kaedah perubatan dalam video ini melibatkan hati nurani masing-masing, janganlah tunggu sehingga saat-saat terakhir untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolaknya. Bagi membantu anda membuat keputusan berdasarkan hati nurani yang terlatih, bab 7 termasuk lampiran dalam buku “Kasih Tuhan” serta sisipan Kerja Teokratik Kita bulan November 2009 telah disediakan. Oleh itu, jika anda telah dibaptis, nyatakan pilihan-pilihan anda dalam kad Health Care Directive (Arahan Penjagaan Kesihatan). Bawalah kad ini bersama anda pada setiap masa.
[Blurb pada muka surat 7]
Sudahkah anda memutuskan jenis rawatan dan kaedah perubatan yang akan anda terima? Sudahkah anda menyatakan keputusan anda secara bertulis?