PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 11/09 ms. 10-11
  • Kita Ialah Saksi-Saksi Yehuwa Setiap Masa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kita Ialah Saksi-Saksi Yehuwa Setiap Masa
  • Kerja Teokratik Kita—2009
  • Bahan yang Berkaitan
  • Anda Boleh Memberikan Kesaksian Tidak Formal!
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Memulakan Perbualan untuk Memberikan Kesaksian Tidak Formal
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Yesus Menginjil kepada Seorang Wanita Samaria
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
  • Adakah Anda Bersedia untuk Memberikan Kesaksian Tidak Formal?
    Kerja Teokratik Kita—2009
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2009
km 11/09 ms. 10-11

Kita Ialah Saksi-Saksi Yehuwa Setiap Masa

1. Apakah yang dapat kita pelajari daripada kisah Yesus yang memberikan kesaksian kepada seorang wanita di tepi perigi?

1 Yesus sudah berjalan selama berjam-jam. Dia letih dan dahaga. Semasa murid-muridnya pergi membeli makanan, dia duduk berehat di tepi perigi yang terletak di luar sebuah kota Samaria. Sebenarnya, Yesus tidak pergi ke Samaria untuk menjalankan kerja penyebaran. Dia hanya merentasi kota itu dalam perjalanan ke Galilea untuk meneruskan kerja penyebarannya di sana. Namun begitu, dia mengambil peluang untuk memberikan kesaksian kepada seorang wanita yang datang untuk menimba air. (Yoh. 4:5-14) Mengapa? Yesus tidak pernah berhenti menjadi “saksi yang setia dan benar” bagi Yehuwa. (Pny. 3:14) Kita mengikut jejak Yesus dengan menjadi Saksi-Saksi Yehuwa pada setiap masa.—1 Ptr. 2:21.

2. Bagaimanakah kita dapat membuat persediaan untuk memberikan kesaksian tidak formal?

2 Bersedialah: Kita dapat membuat persediaan untuk memberikan kesaksian tidak formal dengan membawa bahan bacaan bersama kita. Ramai penyiar membawa risalah bersama mereka dan memberikannya kepada juruwang, pekerja stesen minyak, dan orang lain yang ditemui sepanjang hari. (Pkh. 11:6) Seorang saudari yang sering menaiki pengangkutan awam memastikan bahawa dia sentiasa membawa sebuah Bible yang bersaiz kecil dan buku “Bible Ajarkan” (Bible Teach) di dalam begnya. Dia mencuba memulakan perbualan dengan orang yang duduk di sebelahnya.

3. Bagaimanakah kita dapat memulakan perbualan?

3 Mulakan Perbualan: Semasa memberikan kesaksian tidak formal, kita tidak perlu memulakan perbualan dengan topik Bible. Yesus tidak memulakan perbualan dengan wanita di tepi perigi dengan memperkenalkan dirinya sebagai Mesias. Dia menimbulkan minat wanita itu dengan hanya meminta wanita itu memberinya minum. (Yoh. 4:6-9) Seorang saudari mendapati bahawa teladan Yesus dapat membantunya untuk memulakan perbualan semasa disoal sama ada dia telah berseronok semasa musim perayaan. Dia tidak menjawab bahawa dia tidak menyambutnya kerana dia ialah seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Sebaliknya, saudari itu berkata, “Saya sendiri telah memilih untuk tidak menyambutnya.” Biasanya, orang yang menanyakan soalan itu berminat untuk mengetahui sebabnya, justeru saudari itu berpeluang untuk memberikan kesaksian.

4. Mengapakah ayat di Matius 28:18-20 mendorong anda?

4 Meskipun Yesus sudah menghabiskan aktiviti penyebarannya di bumi dengan penuh semangat, namun dia terus menunjukkan minat terhadap kerja penyebaran yang dilaksanakan mengikut teladannya. (Mat. 28:18-20) Maka, seperti Suri Teladan kita, Yesus, kita merupakan Saksi-Saksi Yehuwa yang sedia mengumumkan kepercayaan kita bila-bila sahaja.—Ibr. 10:23.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi