Dua Belas Sebab untuk Menginjil
Mengapakah kita perlu mengajar dan mengkhabarkan berita baik? Adakah kerana kita mahu membantu orang yang berhati jujur mendapat kehidupan sejati? (Mat. 7:14) Itu sebab pertama yang disenaraikan di bawah. Namun, itu bukan sebab utama. Pada pendapat anda, manakah antara 12 sebab yang berikut paling penting?
1. Menyelamatkan nyawa.—Yoh. 17:3.
2. Sebagai amaran kepada orang yang jahat.—Yeh. 3:18, 19.
3. Menggenapi nubuat Bible.—Mat. 24:14.
4. Menunjukkan keadilbenaran Tuhan. Tiada asas untuk menuduh bahawa Tuhan tidak memberi orang jahat peluang untuk bertaubat.—Kis. 17:30, 31; 1 Tim. 2:3, 4.
5. Kita wajib menawarkan bantuan rohani kepada orang yang ditebus oleh darah Yesus.—Rm. 1:14, 15.
6. Membantu kita agar tidak berhutang darah.—Kis. 20:26, 27.
7. Syarat bagi penyelamatan sendiri.—Yeh. 3:19; Rm. 10:9, 10.
8. Memperlihatkan kasih kepada sesama manusia.—Mat. 22:39.
9. Memperlihatkan kepatuhan kepada Yehuwa dan Anak-Nya.—Mat. 28:19, 20.
10. Merupakan sebahagian daripada ibadat kita.—Ibr. 13:15.
11. Menunjukkan bahawa kita mengasihi Tuhan.—1 Yoh. 5:3.
12. Menyumbang kepada penyucian nama Yehuwa.—Yes. 43:10-12; Mat. 6:9.
Kita juga mempunyai sebab-sebab yang lain. Sebagai contoh, kerja penyebaran memberi kita peluang untuk memantapkan iman dan menjadi rakan sekerja Tuhan. (1 Kor. 3:9) Sebenarnya, sebab yang paling penting ialah sebab yang ke-12. Tidak kira apa jua sambutan orang, kerja penyebaran memberi kita peluang untuk membantu menyucikan nama Tuhan dan membolehkan Yehuwa untuk menjawab cabaran Syaitan. (Ams. 27:11) Sememangnya, kita mempunyai sebab yang sangat baik untuk “mengajarkan dan mengkhabarkan Berita Baik” tanpa henti-henti.—Kis. 5:42.