Cara Menggunakan Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
Brosur Baru yang Direka untuk Membantu Pelajar Bible Mengenali Organisasi Tuhan
1. Nyatakan tiga tujuan brosur Kehendak Yehuwa.
1 Sudahkah anda menggunakan brosur baru Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa? Tujuan brosur ini adalah untuk membantu pelajar Bible mengenali (1) Saksi-Saksi Yehuwa, (2) kegiatan kita, dan (3) organisasi kita. Setiap pelajaran dalam brosur Kehendak Yehuwa panjangnya satu muka surat dan boleh dibincangkan dalam masa lima hingga sepuluh minit selepas setiap sesi pembelajaran Bible.
2. Apakah reka bentuk brosur ini?
2 Reka Bentuknya: Brosur ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian membincangkan ciri-ciri organisasi Yehuwa yang disebutkan di atas. Tajuk setiap pelajaran berbentuk soalan, dan tajuk-tajuk kecil dalam huruf tebal menjawab soalan tersebut. Foto daripada kira-kira 50 buah negara menunjukkan bahawa kerja kita dijalankan di seluruh dunia. Sesetengah pelajaran ada kotak “Marilah Belajar” yang mengandungi pelbagai cadangan, anda boleh menggalakkan pelajar Bible untuk menerapkannya.
3. Bagaimanakah kita boleh menggunakan brosur Kehendak Yehuwa?
3 Cara Menggunakannya: Mula-mula, anda boleh menunjukkan tajuk pelajaran yang berbentuk soalan. Kemudian bacalah perenggan-perenggan di bawah tajuk tersebut bersama, dan tekankan tajuk kecil dalam huruf tebal. Akhirnya, bincangkan soalan-soalan ulang kaji yang terdapat di bawah muka surat tersebut. Anda boleh membincangkan seluruh pelajaran atau membahagikannya kepada beberapa perenggan. Gunakanlah daya pertimbangan semasa memilih ayat-ayat Bible yang harus dibaca. Jangan lupa membincangkan foto dan kotak “Marilah Belajar.” Biasanya, anda membincangkan pelajaran mengikut urutan nombor. Tetapi anda juga boleh membincangkan terlebih dahulu pelajaran yang menarik minat pelajar Bible. Misalnya, jika perhimpunan atau konvensyen bakal diadakan, anda boleh membincangkan pelajaran 11.
4. Mengapakah anda bergembira kerana mempunyai brosur baru ini?
4 Apabila kita mengadakan pembelajaran Bible dengan seseorang, kita sedang membantunya mengenali Bapa kita yang di syurga. Namun, kita juga harus mengajarnya tentang organisasi Yehuwa. (Ams. 6:20) Betapa gembiranya kerana kita mempunyai brosur baru ini untuk berbuat demikian!