PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 4/13 ms. 3-6
  • Kelakuan yang Memuliakan Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kelakuan yang Memuliakan Tuhan
  • Kerja Teokratik Kita—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kekalkan ‘Kelakuan Baik di antara Orang yang Tidak Mengenal Tuhan’
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Peringatan untuk Konvensyen
    Kerja Teokratik Kita—2015
  • Konvensyen Distrik Kita—Kesaksian untuk Kebenaran
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Tiga Hari yang Menyegarkan secara Rohani
    Kerja Teokratik Kita—2011
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2013
km 4/13 ms. 3-6

Kelakuan yang Memuliakan Tuhan

1. Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa menjadi tumpuan orang ramai semasa menghadiri konvensyen distrik?

1 Kita menjadi tumpuan orang ramai semasa menghadiri konvensyen distrik. Hotel dan restoran biasanya dipenuhi orang yang menghadiri konvensyen. Penduduk tempatan pula nampak ramai pelawat memakai lencana konvensyen. Maka, peringatan berikut boleh membantu kita memperlihatkan kelakuan yang memuliakan Tuhan semasa menghadiri konvensyen.—1 Ptr. 2:12.

2. Bagaimanakah pakaian yang kemas semasa menghadiri konvensyen memuliakan Tuhan?

2 Pakaian yang Sopan: Kita sepatutnya berpakaian sopan semasa menghadiri konvensyen. Pakaian kita pada masa lain boleh meninggalkan kesan yang lebih mendalam terhadap orang. Kita tidak perlu berpakaian formal semasa mendaftar masuk hotel, makan di restoran, membeli belah, dan sebagainya. Meskipun demikian, pakaian kita haruslah sentiasa sopan, tidak menjolok mata, dan tidak terlalu kasual. Orang lain seharusnya dapat melihat bahawa cara pemakaian kita berbeza dengan orang bukan Saksi. (Rm. 12:2) Tambahan lagi, kita harus memakai lencana konvensyen agar dapat memberitahu orang tentang konvensyen, membuka peluang memberikan kesaksian, dan memudahkan Saksi-Saksi lain mengecam kita.

3. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kesabaran dan kesopanan?

3 Bersabar dan Bersopan Santun: Dunia kita dipenuhi orang yang mementingkan diri dan tidak pandai bersyukur. Jadi, kesabaran dan kesopanan kita pasti menyegarkan orang lain, seperti pekerja hotel dan restoran. (2 Tim. 3:1-5) Semasa mengekhaskan tempat duduk atau beratur mengambil pengeluaran yang baru, kita harus mengutamakan kepentingan orang lain, bukan kepentingan diri. (1 Kor. 10:23, 24) Setelah menghadiri konvensyen buat kali pertama, seorang lelaki berkata, “Saya tak ingat ceramah yang disampaikan hari itu, tapi kelakuan baik Saksi-Saksi Yehuwa terpahat dalam minda saya.”

4. Mengapakah kita patut menawarkan diri sebagai sukarelawan jika keadaan kita mengizinkan?

4 Sukarelawan: Orang Kristian terkenal dengan semangat sukarela. (Mzm. 110:3) Bolehkah anda menawarkan diri sebagai sukarelawan semasa konvensyen? Di sebuah konvensyen, kira-kira 600 orang saudara dan saudari telah menawarkan diri untuk melakukan kerja pembersihan sebelum konvensyen bermula. Seorang pekerja meluahkan rasa kagumnya dan berkata, “Hal ini sangat menakjubkan! Kami tak boleh bayangkan bahawa mereka semua ialah sukarelawan.” Kita menanti-nantikan konvensyen distrik 2013. Pada masa itu, kita bukan sahaja berpeluang mendengar dan belajar daripada Tuhan, tetapi juga dapat memuliakan-Nya.

[Kotak pada muka surat 3-6]

Peringatan Untuk Konvensyen Distrik 2013

◼ Masa Program: Pintu akan dibuka pada jam 8:00 pagi. Selingan muzik akan bermula pada jam 9:20 pagi bagi ketiga-tiga hari. Kita semua patut mengambil tempat duduk masing-masing pada masa itu supaya program boleh bermula tepat pada masanya. Program akan berakhir dengan lagu dan doa penutupan pada jam 4:50 petang bagi hari Jumaat dan Sabtu, dan pada jam 3:35 petang bagi hari Ahad.

◼ Tempat Letak Kereta: Bagi semua lokasi konvensyen yang menyediakan tempat letak kereta, ruangan disediakan untuk sesiapa yang datang dahulu. Memandangkan ruangan yang disediakan biasanya terhad, kita semua digalakkan untuk berkongsi kereta.

◼ Tempat Duduk: Anda hanya boleh mengekhaskan tempat duduk untuk mereka yang tinggal serumah dengan anda, menaiki kenderaan yang sama dengan anda, atau yang sedang mempelajari Bible dengan anda.—1 Kor. 13:5.

◼ Makan Tengah Hari: Sila bawa makanan tengah hari ke dewan konvensyen dan bukannya keluar untuk membeli makanan semasa rehat tengah hari. Anda boleh menggunakan bekas kecil yang boleh dimuatkan di bawah tempat duduk. Bekas besar yang digunakan semasa perkelahan dan bekas kaca tidak dibenarkan dalam dewan konvensyen.

◼ Derma: Kita dapat menunjukkan penghargaan untuk penyelenggaraan konvensyen dengan memberikan derma sukarela untuk kerja sedunia di konvensyen. Cek-cek yang disumbangkan harus dibuat atas nama “Pertubuhan Bible dan Risalah Watchtower Malaysia.”

◼ Kemalangan dan Kecemasan: Jika berlakunya suatu kecemasan perubatan di lokasi konvensyen, sila hubungi seorang atendan yang berdekatan supaya dia dapat memaklumkan Bahagian Pertolongan Cemas dengan segera. Saudara berkelayakan yang bertugas di bahagian ini dapat menilai tahap kecemasan dan menghulurkan bantuan. Jika perlu, saudara tersebut akan menghubungi 999. Dengan ini, jabatan perkhidmatan kecemasan tidak akan menerima banyak panggilan telefon bimbit tentang perkara-perkara yang remeh.

◼ Ubat-ubatan: Jika anda memerlukan ubat preskripsi, sila pastikan bahawa anda membawa bekalan yang mencukupi. Pihak konvensyen tidak akan menyediakannya. Pesakit diabetes yang menggunakan jarum dan picagari mesti membuangkannya dengan cara yang betul. Jangan buangkannya ke dalam tong sampah yang terdapat di tapak konvensyen dan hotel.

◼ Kasut: Setiap tahun, banyak kecederaan berlaku disebabkan kasut, terutamanya kasut bertumit tinggi. Pilihlah kasut yang sesuai supaya anda tidak mudah tercedera apabila berjalan di atas tangga, kekisi, dan sebagainya.

◼ Kereta Sorong Bayi dan Kerusi Malas: Kereta sorong bayi dan kerusi malas tidak patut dibawa ke tapak konvensyen. Tetapi, kerusi keselamatan bayi yang boleh dipasang pada tempat duduk di sebelah ibu bapa dibenarkan.

◼ Pewangi: Kebanyakan konvensyen diadakan di dewan tertutup yang memerlukan sistem pengalihan udara. Oleh itu, kita patut bertimbang rasa dengan tidak menggunakan terlalu banyak haruman dan minyak wangi yang kuat agar tidak memudaratkan mereka yang mempunyai masalah pernafasan.—1 Kor. 10:24.

◼ Borang Kunjungan Susulan (S-43): Borang Kunjungan Susulan patut digunakan untuk mencatatkan maklumat tentang mereka yang menunjukkan minat hasil daripada kesaksian tidak formal yang diberikan semasa konvensyen. Borang yang telah dilengkapkan boleh diserahkan kepada Bahagian Bahan Bacaan atau kepada setiausaha sidang selepas anda pulang dari konvensyen.

◼ Restoran: Muliakan nama Yehuwa dengan berkelakuan baik semasa di restoran. Pilihlah pakaian yang bersesuaian dengan piawaian orang Kristian.

◼ Hotel:

(1) Jangan tempah bilik melebihi bilangan yang diperlukan dan pastikan bilangan penginap di bilik anda tidak melebihi jumlah yang dibenarkan.

(2) Jangan batalkan tempahan anda sesuka hati. Sekiranya anda terpaksa berbuat demikian, maklumkan pihak hotel dengan segera supaya orang lain yang memerlukan penginapan boleh membuat tempahan. (Mat. 5:37) Jika anda perlu membatalkan tempahan, pastikan anda mendapat nombor pembatalan. Jika pembatalan dibuat kurang dari 48 jam sebelum mendaftar masuk, deposit anda tidak akan dikembalikan.

(3) Sila ambil perhatian jika anda menggunakan kad kredit atau debit. Semasa anda mendaftar masuk ke hotel, pihak hotel akan menahan sejumlah wang dalam akaun anda untuk menutupi kos penginapan, mengganti rugi kerosakan yang mungkin berlaku, atau perbelanjaan yang lain. Anda tidak dapat menggunakan wang ini sehingga beberapa hari selepas pembayaran penuh dibuat.

(4) Ambil troli bagasi hanya apabila anda bersedia menggunakannya, dan pulangkannya dengan segera agar dapat digunakan oleh orang lain.

(5) Anda tidak wajib memberikan tip, namun anda boleh berbuat demikian untuk menunjukkan kebaikan hati terhadap pekerja hotel.

(6) Jangan memasak di dalam bilik, kecuali diizinkan oleh pihak hotel.

(7) Sarapan, kopi, atau ais yang disediakan secara percuma oleh pihak hotel hanyalah untuk kegunaan tetamu semasa di hotel dan tidak patut dibazirkan.

(8) Sentiasa perlihatkan buah daya aktif Tuhan semasa berurusan dengan kakitangan hotel. Mereka perlu melayan banyak tetamu. Jadi, mereka sangat menghargai kebaikan hati, kesabaran, dan sikap timbang rasa yang kita tunjukkan.

(9) Ibu bapa harus mengawasi anak-anak mereka pada setiap masa di kawasan hotel termasuk di lif, kolam renang, lobi hotel, bilik senaman, dan lain-lain.

(10) Kadar sewa bilik yang terdapat pada “Senarai Penginapan yang Disyorkan” (Recommended Lodging List) merupakan kos penuh untuk penginapan satu hari, tidak termasuk cukai. Jika anda dikenakan bayaran tambahan untuk sesuatu yang tidak anda minta atau gunakan, jangan bayar bil tersebut. Maklumkan Bahagian Penginapan di konvensyen secepat mungkin.

(11) Jika terdapat masalah dengan bilik hotel anda, maklumkan Bahagian Penginapan semasa di konvensyen agar mereka dapat membantu anda.

◼ Khidmat Sukarela: Sesiapa yang ingin berkhidmat sebagai sukarelawan boleh melaporkan diri di Bahagian Khidmat Sukarela konvensyen. Anak-anak di bawah 16 tahun juga boleh menyertai kerja ini bersama ibu bapa, penjaga, atau orang dewasa lain yang diizinkan oleh ibu bapa atau penjaga mereka.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi